Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, September 1, 2012

Florentiner

06 August 2012

hari ni cuti sempena nuzul Quran...so apa aktiviti kita hari ni???? nak buat cookies tak berapa daya...satu jenis ok kot??? Florentiner :)

mula-mula campurkan semua bahan2..almond flakes + florentiner master mix
kena buat cepat2...sebab bahan2 ni cepat keras kalo tak di gaulkan selalu..

ratakan sebaik mungkin dalam dulang pembakar

bakar dalam oven selama beberapa minit...agak2 jer..nak garing ker...agak2 dah kuning keemasan tu bole lar diangkat yer..

hasilnya..masih panas lagi...

keluarkan dari dulang pembakar..

dalam keadaan yang masih panas...kena potong mengikut citarasa sendiri..kalo dah sejuk tak bole nak potong dah...bila sejuk dia jadi keras / rangup..

pastikan disimpan dalam bekas kedap udara...sebab selain lemau...semut pun nak share jugak...semut favourite ni...

ohh ya..florentiner mix ni saya beli kat Tampin...try cari kat sini tak jumpa plak...
selamat mencuba !

Thursday, September 8, 2011

Florentiner

Date : 27th August 2011
Location : Tampin (Umah Teh)

ni first time aku dengar nama nya..tapi kalo tengok fizikal mmg tau..kalo tak silap kat femes amos ada jual..mahal jugak harganya...apa menda nih??? ooo...pada mereka-mereka yg tak tau apa mende nih...
ni lar kuih / cookies ..

agak mudah jugak nak buat kuih nih...rasa-rasa next year bulan puasa bole jual tak??? pas belajar buat ngan Teh..rasa cam mudah jer...hehheeh...

campurkan semua adunan..pastu letak dalam dulang pembakar..pastu ..pastu.. pastu..masuk lar dalam oven..
mudah kan? cuba dulu baru tau mudah ke tak...
pas kuarkan dari oven...potong ikut keserasian...tak kisah pun..kertas minyak tu bole di ulang pakai..


masuk dalam bekas kedap udara...kalo tak kedap, sia-sia jer buat...nanti lemau ..

ok tak resipi nih?

Tuesday, August 16, 2011

Home made kuih raya - Almond London

14 August 2011

Almond London in the house..

1st step : pukul sehingga kembang 250gm mentega + 125gm gula halus
2nd step : masukkan sebiji telur + 1tsp esen vanilla

3rd step : masukkan 200gm tepung jagung + 2 sudu emplex + 1tsp baking powder
4th step : masukkan pulak 300gm tepung gandum

dah siap adunan...
bakar 200gm kacang badam sehingga garing / rangup..nak goreng tanpa minyak pun bole..

kemudian bentukkan seperti kacang (bentuk lonjong) ataupun ikut saiz kacang almond dan letak diatas dulang pembakar..

kalo boleh jgn bentukkan besar-besar..sebab bila di bakar ia akan jadi lagi besar...tak comel pulak..

bakar selama 20 minit pada suhu 165 darjah celcius..kemudian sejukkan dan masukkan ke dalam paper cup untuk disalut kan dengan coklat..

pastu cairkan coklat menggunakan kaedah double boil..mcm mana cara pun bole...yg ni style takde equipment yg standard...masa cairkan tu masukkan sikit2 minyak mazola..so nampak lebih berkilat nanti..


almond london yg dah siap sejuk tu..masuk kan dalam paper cup..

salut dengan coklat..bole guna piping bag atau celup terus dalam coklat guna sudu..tgk mana yg mudah dan tak comot..of cos i guna piping bag..laju sikit..cuma nanti salut kat atas jer..

haaaa... yg ni dah siap letak badam cincang sebagai hiasan..

pastu bole lar di pack kan pas sejuk tau..

Selamat mencuba !


 

Monday, August 15, 2011

Home made kuih raya - Cornflakes

13 August 2011

rasa cam awal lagi nak buat kuih raya..tapi kalo tak buat sekarang ..bila lagi??? kalo lambat2, alamatnya memang borong ajer kat kedai..

jom kita buat yang paling mudah sekali.. cornflakes madu..


bahan-bahan yang diperlukan.. cornflakes apa-apa brand pun bole..madu, gula dan butter..mudah kan??
melt kan bahan-bahan tu dan gaulkan bersama cornflakes...

masukkan dalam cup

tenaga kerja yang bersungguh-sungguh nak tolong..

tanpa putus asa..


hasilnya..berbalang-balang...yeayyy!!!



tapi ini lar jugak orang yang makan depan TV selagi ada ..dari berbalang-balang tadi..tinggal sebalang jer...baru tengah ramadhan...kena buat lagi la nampaknya..

Saturday, July 23, 2011

Fudge Brownies

Fudge Brownies
Sumber : members.tripod.com/~chocolatefantasy

Ingredient
1 cup butter, melted
1 cup cocoa
2 cups sugar - manis, lain kali letak 1 1/2 cwn
1 1/2 tsp vanilla
4 eggs
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cup nuts or chocolate chips (optional)-letak 1/2 cup nuts + 1/2 cup cho chips

Method

Mix cocoa in well with the melted butter. Add sugar, vanilla,
and eggs, mixing well. Add flour, baking powder, salt, and nuts
or chocolate chips. I actually prefer the chocolate chips!! Pour mixture
into a greased 9 by 13 inch pan. Bake in a preheated 350F oven for
25 - 30 minutes, until a toothpick inserted comes out almost clean, you do
not want to overbake!
Nota : bakar dengan suhu 170 selama 40'.

**Brownies ni letak cashew nut dan cho chip...kacang tu tumbuk kasar...baru sedap bila kunyah kena kacang tu.

Saturday, July 9, 2011

Mashed Potato / Kentang Putar

let's try this recipe..

Mashed Potatoes And Gravy (Mashed & Gravy)
Sources : kongsiresipi.com
Bahan-bahan untuk Kentang Putar :

6 biji kentang yang bersaiz besar.

2 sudu besar mentega

5 sudu besar susu segar

Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.


Cara-cara :
1. Kupaskan kentang dan potong dadu. Rebus kentang sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan air. Untuk mudahkan kerja, lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

2. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Tambahan : Sekiranya ada stok simpanan double cream atau whipping cream dalam peti ais. Boleh juga gunakan salah satu sebagai penambah rasa dalam kentang putar. Sedap. Bertambah lemak.

Sos Kentang Putar.

Bahan-bahan :
650 ml air
1 biji bawang Holland - cincang halus
1 batang saderi- cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam/ 1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Cara -cara :
Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar. Masak sampai mendidih. Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk.

Dalam periuk yang lain, cairkan mentega dalam api sederhana panas. Biarkan cair. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk. Pastikan api perlahan ya.

Tuangkan air rebusan perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Kacau sampai kuah menjadi likat.

Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan kicap pekat. Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.

Masak sehingga pekat. Rasa dahulu sebelum masukkan garam. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada. Tak perlu tambah garam. Sekiranya mahu masin lebih. Baru tambahkan garam.

Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah. Masa ni kalau nak kuah pekat. Kacau lama. Suka kuah cair. Boleh dah tutup api.
 


 

Sunday, June 19, 2011

Apam Polkadot

Date : 11th June 2011
Time : masa lapang..

ok cubaan pertama bermula...

start kukus

hasil yang pertama...
1- tak pakai acuan sbb tu jadi mcm 'topi'..
2- rasa tak sedap ! hahaha..



second try yg pakai acuan pulak...

hasilnya dari sefi fizikal..improved !






komen ikhlas dari anak-anak :

khayra : kuih telur ke ni mama?
khayra : tak sedap..uwekkkk..

hasya : adik tak nak makan telur..
mama : ni kuih apam polkadot la dik..
hasya : bukannn...telurr...

huwaaa.....kena cuba lagi untuk rasa yang lebih sedap...tapi smpai skang bila anak-anak tengok kuih ni, mesti diorang cakap kuih telur....hahahhaha...

Thursday, June 9, 2011

Apam Polkadot

ingat nak cuba resipi apam polkadot weekend nih...wish me luck ! sebab tak pernah buat..tapi di sebabkan apam polkadot ni so cute..so memang kena TRY !!!


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

     
  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


lagi gambar2 apam polkadot yang bole dijadikan inspirasi...ihsan google lorr...







cute kan? kan? kan? patut di cuba tak????

Monday, May 16, 2011

Red Velvet cake recipes

not sure how it taste..don't know how it looks like..but if i have a time...i'll try it one day... of course !