26 Mar 2014
Day 3
Good Morning from Vietnam !!
let's go for breakfast
kalau di Malaysia, kita boleh nampak banyak kereta di jalan raya, tapi berlainan di Vietnam. sana sini motor. boleh dikatakan kalo jalan raya tu ada tiga lane, dua lane adalah khas untuk motor jer.. kebanyakan penduduk kat sini menggunakan motor untuk bergerak.
bagi pejalan kaki, tak perlu risau bila nak melintas jalan.
tak perlu angkat tangan tahan kereta / motor. jalan je tapi dengan syarat berjalan biasa.
tak perlu berlari anak atau lari..sebab kereta / motor yang akan elak pejalan kaki.
pelik kan.. selama berada kat sini takde pulak nampak sebarang accident.
kat sini kenderaan yang akan elak pejalan kaki.
mula2 rasa ngeri tapi lama kelamaan dah boleh biasakan diri.
Good Morning from Vietnam !!
let's go for breakfast
kalau di Malaysia, kita boleh nampak banyak kereta di jalan raya, tapi berlainan di Vietnam. sana sini motor. boleh dikatakan kalo jalan raya tu ada tiga lane, dua lane adalah khas untuk motor jer.. kebanyakan penduduk kat sini menggunakan motor untuk bergerak.
bagi pejalan kaki, tak perlu risau bila nak melintas jalan.
tak perlu angkat tangan tahan kereta / motor. jalan je tapi dengan syarat berjalan biasa.
tak perlu berlari anak atau lari..sebab kereta / motor yang akan elak pejalan kaki.
pelik kan.. selama berada kat sini takde pulak nampak sebarang accident.
kat sini kenderaan yang akan elak pejalan kaki.
mula2 rasa ngeri tapi lama kelamaan dah boleh biasakan diri.
selfie dalam bas
hello!
our breakfast for today
roti vietnam cicah kari
kopi sedap! perghhhhh...
besar jugak roti ni ;)
breakfast di ruang legar masjid
seterusnya, selepas sarapan pagi, rombongan dibawa menuju ke luar bandar melalui lebuhraya ke My Tho, Capital Tien Giang Province adalah sebuah pelabuhan di Delta Sungai Mekong yang mengambil masa 2 jam perjalanan dr bandar Ho Chi Minh.
perjalanan berhenti sebentar melihat keindahan Pagoda Vinh Trang.
sesapa yg nak pegi toilet pon bole. kepada muslim, diingatkan untuk bawak botol air, sebab toilet kat sini memang takde paip air.
yeay! dah sampai..
semasa ketibaan pelayaran dimulakan sepanjang Tien River, bersiar-siar melalui 4 pulau yang indah, Long, Lan Qui dan Phuong.
setibanya kami disini, kiri kanan penuh dengan gerai jualan kraf.
wahhhhh...teruja!!
rombongan dibawa ke Bee Farm untuk menikmati teh madu.
kat sini bole beli madu, baik untuk kesihatan dan juga kecantikan.
sambil dihidangkan dengan teh madu, mereka juga akan promote barang2 jualan mereka.
kalo beli banyak dapat murah sikit. so kami, kongsi ramai2 sebab nak dapat diskaun.
adam best friend katanya..
eeeiiiii...
letak gambar MIL & FIL..
sebab diri sendiri memang tak berani nak pegang ular.. geli mak oiiii!
selepas itu rombongan bergerak ke Qui Islet iaitu ladang buah-buahan tempatan. memang buah-buahan kat sini FRESH!! sambil makan buah-buahan kami di dendangkan dengan lagu-lagu / muzik rakyat vietnam "Don Ca Tu Tai Nam Bo".
part yang last skali tu, diorang nyanyi lagu kalo rasa gembira tepuk tangan..hahaha pandai pulak diorang nyanyi lagu melayu. nampak sangat orang malaysia ramai yg berkunjung ke sini..
sambil nyanyi tu diorang akan letak satu bekas kat atas meja kita. perlu diingatkan bekas tu bukan untuk letak biji atau kulit buah-buahan yang kita makan tadi yer... tapi letak duit seberapa ikhlas untuk diorang yg dah penat menyanyi tadi.. korang ingat diorang nyanyi FREE ke?? hehehe
okay sekarang jom bergerak ke sungai mekong pulak
dalam perjalanan tu, nampak ada orang jual alas kaki tu.. cantik sungguh!
naik sampan.. takut jugak mula2. bole ke sampan ni naik ramai2 ??
ok dijamin selamat.
peringatan! jangan letak tangan / pegang tepi sampan sebab takut terkepit bila sampan selisih antara satu sama lain.
topi tu di beri masa kita naik sampan. agak lama jugak menuju ke destinasi..
kita bole lihat macam mana orang dekat sana kayuh sampan. bukan dekat okay!
ulang alik lagi.. memang sampan tak pernah putus kat jeti..ada je..
sampai destinasi seterusnya.. bengkel membuat gula-gula kelapa tempatan.
siap kasi rasa pas masak tu lagi.. panas-panas memang la rasa sedap kan..
then, naik boat nak balik.. masa balik tu kami dihidangkan dengan air kelapa sorang satu..
penat dan haus.. memang segar rasa tekak.
wajah-wajah ceria
ok now jom kita beredar..
shopping time! erkkk??
rasanya dari tadi asyik shopping jer..hahaha
kami dibawa ke sebuah gudang yang menjual kain pasang, baju siap, telekung dan tudung.
arghhhh...meroyan masuk sini!
english cotton - RM23
satin printed - RM30
swiss cotton - RM30
jubah (kain pasang) - RM35
baju kurung siap manik - RM60
Danny's Shop
Add: 61 Duong S6 28
Ward 10, Dist 6, Ho Chi Minh City
Tel: +84 98 994 9910 / +84 90 82 777 34
sampai kat luar pon penuh sesak
ni aksi bila mama focus shopping kat dalam kedai..budak2 ngan ayah g pekena kopi ais lagi..
then kami sepatutnya di bawa ke China Town, tapi atas sebab2 yang tertentu kami tukar haluan. rombongan di bawa ke Saigon Square. macam mall la.. macam2 ada tapi harga barang kat sini agak mahal sikit berbanding kat pasar malam tu.. dalam pada tu dapat jugak sauk baju 2/3 helai..kih..kih..kih..
our dinner for today at Satay House.
sedap memang tak tipu!
Satay House (Malaysian Restaurant)
Address: 307/25 Nguyen Van Troi St.
Phu Nhuan Ward, HCMC
E: satayhouse98@yahoo.com
T: +84 8 3845 8484 - 3845 8485
M: +84 903 925 475 - 0903 925 475
open hours: 7am - 10pm
kemudian kami dibawa ke hotel dan aktiviti bebas.
jom jalan kat pasar malam lagi..
No comments:
Post a Comment