Friday, September 26, 2014

Shopping sakan di Vietnam - Part 3

26 Mar 2014
Day 3

Good Morning from Vietnam !!
let's go for breakfast

kalau di Malaysia, kita boleh nampak banyak kereta di jalan raya, tapi berlainan di Vietnam. sana sini motor. boleh dikatakan kalo jalan raya tu ada tiga lane, dua lane adalah khas untuk motor jer.. kebanyakan penduduk kat sini menggunakan motor untuk bergerak.
bagi pejalan kaki, tak perlu risau bila nak melintas jalan.
tak perlu angkat tangan tahan kereta / motor. jalan je tapi dengan syarat berjalan biasa.
tak perlu berlari anak atau lari..sebab kereta / motor yang akan elak pejalan kaki.
pelik kan.. selama berada kat sini takde pulak nampak sebarang accident.
kat sini kenderaan yang akan elak pejalan kaki.
mula2 rasa ngeri tapi lama kelamaan dah boleh biasakan diri.




selfie dalam bas

hello!


our breakfast for today
roti vietnam cicah kari
kopi sedap! perghhhhh...


besar jugak roti ni ;)

breakfast di ruang legar masjid

seterusnya, selepas sarapan pagi, rombongan dibawa menuju ke luar bandar melalui lebuhraya ke My Tho, Capital Tien Giang Province adalah sebuah pelabuhan di Delta Sungai Mekong yang mengambil masa 2 jam perjalanan dr bandar Ho Chi Minh.


perjalanan berhenti sebentar melihat keindahan Pagoda Vinh Trang.
sesapa yg nak pegi toilet pon bole. kepada muslim, diingatkan untuk bawak botol air, sebab toilet kat sini memang takde paip air.



yeay! dah sampai..





semasa ketibaan pelayaran dimulakan sepanjang Tien River, bersiar-siar melalui 4 pulau yang indah, Long, Lan Qui dan Phuong.




setibanya kami disini, kiri kanan penuh dengan gerai jualan kraf.
wahhhhh...teruja!!

rombongan dibawa ke Bee Farm untuk menikmati teh madu.
kat sini bole beli madu, baik untuk kesihatan dan juga kecantikan.
sambil dihidangkan dengan teh madu, mereka juga akan promote barang2 jualan mereka.
kalo beli banyak dapat murah sikit. so kami, kongsi ramai2 sebab nak dapat diskaun.

adam best friend katanya..
eeeiiiii...
letak gambar MIL & FIL.. 
sebab diri sendiri memang tak berani nak pegang ular.. geli mak oiiii!

selepas itu rombongan bergerak ke Qui Islet iaitu ladang buah-buahan tempatan. memang buah-buahan kat sini FRESH!! sambil makan buah-buahan kami di dendangkan dengan lagu-lagu / muzik rakyat vietnam "Don Ca Tu Tai Nam Bo".
part yang last skali tu, diorang nyanyi lagu kalo rasa gembira tepuk tangan..hahaha pandai pulak diorang nyanyi lagu melayu. nampak sangat orang malaysia ramai yg berkunjung ke sini..
sambil nyanyi tu diorang akan letak satu bekas kat atas meja kita. perlu diingatkan bekas tu bukan untuk letak biji atau kulit buah-buahan yang kita makan tadi yer... tapi letak duit seberapa ikhlas untuk diorang yg dah penat menyanyi tadi.. korang ingat diorang nyanyi FREE ke?? hehehe

okay sekarang jom bergerak ke sungai mekong pulak

dalam perjalanan tu, nampak ada orang jual alas kaki tu.. cantik sungguh!

naik sampan.. takut jugak mula2. bole ke sampan ni naik ramai2 ??


ok dijamin selamat.
peringatan! jangan letak tangan / pegang tepi sampan sebab takut terkepit bila sampan selisih antara satu sama lain.
topi tu di beri masa kita naik sampan. agak lama jugak menuju ke destinasi..

kita bole lihat macam mana orang dekat sana kayuh sampan. bukan dekat okay!
ulang alik lagi.. memang sampan tak pernah putus kat jeti..ada je..


sampai destinasi seterusnya.. bengkel membuat gula-gula kelapa tempatan.
siap kasi rasa pas masak tu lagi.. panas-panas memang la rasa sedap kan..
then, naik boat nak balik.. masa balik tu kami dihidangkan dengan air kelapa sorang satu..
penat dan haus.. memang segar rasa tekak.


wajah-wajah ceria

ok now jom kita beredar..
shopping time! erkkk??
rasanya dari tadi asyik shopping jer..hahaha

kami dibawa ke sebuah gudang yang menjual kain pasang, baju siap, telekung dan tudung.
arghhhh...meroyan masuk sini!

english cotton - RM23
satin printed - RM30
swiss cotton - RM30
jubah (kain pasang) - RM35
baju kurung siap manik - RM60 

Danny's Shop
Add: 61 Duong S6 28
Ward 10, Dist 6, Ho Chi Minh City
Tel: +84 98 994 9910 / +84 90 82 777 34


sampai kat luar pon penuh sesak


ni aksi bila mama focus shopping kat dalam kedai..budak2 ngan ayah g pekena kopi ais lagi..

 then kami sepatutnya di bawa ke China Town, tapi atas sebab2 yang tertentu kami tukar haluan. rombongan di bawa ke Saigon Square. macam mall la.. macam2 ada tapi harga barang kat sini agak mahal sikit berbanding kat pasar malam tu.. dalam pada tu dapat jugak sauk baju 2/3 helai..kih..kih..kih..


our dinner for today at Satay House.
sedap memang tak tipu!

Satay House (Malaysian Restaurant)
Address: 307/25 Nguyen Van Troi St.
Phu Nhuan Ward, HCMC
E: satayhouse98@yahoo.com
T: +84 8 3845 8484 - 3845 8485
M: +84 903 925 475 - 0903 925 475
open hours: 7am - 10pm



kemudian kami dibawa ke hotel dan aktiviti bebas.
jom jalan kat pasar malam lagi..



Friday, September 5, 2014

Shopping sakan di Vietnam - Part 2

25 Mar 2014
Day 2
 
good morning uollsss!!!
good morning Vietnam :)
hehehe..
are u ready?? ready??
ready for shopping???
 
 
 
in front of Blessing hotel
walaupon 3 star hotel, yang penting puas hati!
bersih, good service & comfortable
  
jom naik bas!

menu of today: mee goreng mamak, nasi lemak ayam rendang & bihun goreng
breakfast at Banana Leaf @ Saigon
macam food kat Malaysia jugak.. roti canai pun hado
makanan semua sedap!
 
klik! klik!
since restoran ni kat tepi jalan..so kena hati-hati.. jaga beg/handphone sebab ramai peragut jalanan..

next destination~~

singgah sebentar di Handicapped Handicrafts
tengok kraftangan yg dibuat oleh OKU

since 1976

kraftangan yg cantik ni dibuat dari kulit telur..
hasilnya memang menakjubkan

production process board

ok dah sampai Cu Chi Tunnel

in front of Cu Chi Tunnel
ni kira macam muzium ketenteraan / tapak masa zaman perang
ia merupakan asas penting semasa perang amerika, kerana lokasinya yg strategic.
terowong Vietcong dibina sepanjang 200km yg menghubungkan ke markas pemerintah, hospital, tempat perlindungan dan kilang senjata.
ianya digali daripada laterit keras oleh peralatan tangan tanpa menggunakan simen. rangkaian yg hebat ini tidak pernah ditemui
 
jom masuk dalam

dalam terowong menuju ke tapak perang

ada beberapa pondok bawah Tanah yang disediakan untuk tgk video, peralatan etc..

terowong kecil untuk berselindung menyelamatkan diri dari musuh

please behave!
I know u're boring already..

ni pandangan keratan rentas bawah Tanah
macam mana mereka hidup menyorok / berselindung bawah Tanah
p/s: cubaan masuk terowong kecil yang scary
 
contoh jerangkap samar

tempat berlindung..
memang muat badan yg kurus jer.. bole la try :)

ni lar cu ci tunnel
memang dalam tu gelap gelita, menakutkan
bole cuba masuk dalam tu
tapi kepada sesiapa yang ada masalah jantung, sesak nafas adalah tidak di galakkan

posing sambil menunggu geng yg lain masuk cu ci tunnel

 

bole senyum lagi walaupon panas & berpeluh2
macam jungle trekking pon ada ni
disarankan kalo sesapa yang nak pegi, jangan pakai heels.. pakaila selipar / sport shoes
haaaa!!! tensen :(

lagi contoh jerangkap samar


saya sudah cuba
anda bila lagi?
sangat gelap, rasa sesak, perut cramp sbb kena bongkok lima sepanjang tunnel, panas, menakutkan ..
tak dapat bayangkan org dulu2 hidup dalam tu.. haaa???
wajib cuba okay!

menuju jalan pulang
sebenarnya masing2 dah kepenatan

 

 

penat tak penat lar..kannn

lunch at Satay House - Malaysian Restaurant
makanan semua sedap!
address: 307/25 Nguyen Van Troi St.,
Phu Nhuan Ward, HCMC
tel: 84.8.3845 8484 / 8485
fax: 84.8.3847 8325
mobile: 84.903 925 475
opening hours: 7am to 10pm
 

shopping time!!
ni la masa yang ditunggu2 semua orang
tourist guide bawa kami ke sebuah rumah 4 tingkat yg ada jual kain/baju siap
harga bole tahan murah berbanding kat pasar ben thanh
tunggu apa lagi???
jommm!!!
 
Dai Ling 456
456 Hai Ba Trung, Q.1
DT:8469560

encik husband and anak2 tunggu kat atas
sesak kt dalam rumah
 
hasil tangkapan tapi still ada lagi yang nak kene sauk lagi..huhuh
meroyan dok dalam ni

range harga:
jubah cotton (dewasa) - RM32
baju kurung kanak2 - RM20
telekung lycra (dewasa) - RM30
telekung lycra (kanak2) - RM22
baju blouse cotton (dewasa) - RM10
 
meroyan kan tengok harga dia....
 
sebelum dinner, jom pekena kopi Vietnam
memang terbaik..wallahhhhh sedapnya
kopi stabak pon kalah weyyy...serius nikmat!
sini memang merata orang jual kopi ais sebab kat sini cuaca panas..
jarang Nampak org minum kopi panas kat sini..

dinner at Sabah Saigon Hotel
bagi saya makanan kurengg skit kat sini
tak tau la sebab dah penat so tak lalu makan ke
sebab td dah pekene kopi so dh kenyang ke
ntah la..suap la jugak sebab nak alas perut
 

tak abis lg makan buah tembikai dikk oiiii!
jom balik hotel..
nak sambung shopping kat pasar malam pulak..
#pengsan
 
pekene kopi susu ais lagi..
memang terbaikkkk!!!
 
jom layan apa yang bole di jala malam ni..
daaaaaa....