Saturday, March 16, 2013

My Little Musollah Trip

7-Feb; education trip by Genius Aulad to Masjid As Salam, Puchong.


" Masjid As-Salam Puchong Perdana merupakan salah satu mercu tanda utama di Kawasan Puchong. Dikenali juga sebagai "Masjid Terapung", ianya terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain Taman Perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan, Taman Puchong Permai dan Taman Puchong Prima dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).


Masjid As-Salam Puchong Perdana telah menerima lawatan daripada Tadika Genius Aulad Cawangan Bandar Putra Permai. Lawatan ini dianjurkan oleh pihak pengurusan Tadika Genius Aulad bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar cilik yang suci bersih berkenaan masjid dengan harapan ia akan menjadi wasilah mendekatkan generasi pewaris ini dengan institusi masjid.
Seramai 90 orang pelajar-pelajar Tadika Genius Aulad telah dibawa mengikuti lawatan ini, 50 orang pada sesi pagi dan 40 orang pada sesi petang diiringi oleh 10 orang guru pengiring.










No comments:

Post a Comment